Wednesday, November 10, 2010

Al-Fatihah

Baru2 ini kami kehilangan salah seorang ahli keluarga terdekat kami..Allahyarham Tok Dollah @ Pak Long Abdullah. Kami semua akan merindui Tok Dollah dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama orang2 beriman. Amin..

Saturday, October 30, 2010

Cuti2 Malaysia..

Sekali lagi kami semua berkumpul dan bercuti ke tempat favourite kami di Melaka. Rasanya Pengkalan Balak dah menjadi tempat kesayangan kami sekeluarga untuk berehat hujung minggu. Kali ini kami semua berehat dan bermalam di Teratak Atie Ira. RM100/malam untuk bilik air-cond dan disediakan peti sejuk mini. Dalam masa yang sama kami meraikan belated Birthday Ayah, Abg Umau, Mus'ab dan Zulaikha.

Dinner BBQ Seafood istimewa disediakan oleh Kamal dan Suzana. Rempah2 yang dicampur khas untuk keluarga tersayang.. hehe.. Sedap kan? ada rasa ala2 keropok Twisties tak?

Kami plan untuk berkunjung lagi ke sini insyallah Tahun Baru Cina akan datang untuk 2 malam pulak. Mak dah plan nak masak2 untuk 2 malam tu. So yang lain2 bawak2lah apa2 yang patut..


Suasana Laut dan Chalet Teratak Atie Ira



Dinner BBQ Seafood kami.. Ayam ada, ikan ada, sotong ada, udang ada.. lembu kambing je takde! :p


Kami meraikan yang tersayang hari jadi belated mereka. Ayah, Abg Umau, Mus'ab dan Zulaikha. Kepada Ayah dan Abg Umau..semoga panjang umur, sihat selalu, murah rezeki dan selamat dunia dan akhirat. Kepada Mus'ab dan Zulaikha, semoga menjadi anak yang soleh/solehah dan berjaya dunia dan akhirat.


Antara sarapan pagi kami.. leftover chicken nugget. Tengoklah Chef tu.. adoi.. :p


Awal pagi laut Melaka. Malam dan awal pagi tu hujan dan berangin. Jadi bergelora dan berombak kuat...
Anak2 tak kira ombak kuat ke idak..nak masuk gak air. Lifeguard as usual.. Pak Lang Kamal lah..


Atuk, nenek dan Ibu2 semua pun nak mandi gak.. :p

Sunday, October 24, 2010

Aidilfitri 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari keluarga Haji Saidin dan Hajah Selamah kepada semua.

Tema warna kami tahun ini Kelabu/Grey. Semua sama kecuali keluarga Oli in Biru. Hehe. Tahun ini kami tidak berkesempatan nak bergambar bersama satu keluarga kecuali keluarga Kamal dan Oli je. Yang lain2 kita cuba lagi sekali tahun depan pulak ye Insyallah.


Note: Tema warna tahun depan.. BEBAS!

Saturday, November 28, 2009

Selamat Hari Jadi Mus'ab dan Aqil

Malam kedua Aidiladha, kami adakan makan2 untuk kami sekeluarga sempena menyambut Hari Jadi Pertama Mus'ab dan Aqil yang sudah belated. Doa kami semua semoga Mus'ab dan Aqil jadi anak yang bijak dan soleh! Selamat Hari Jadi juga untuk Ayah dan Kamal. Doa kami semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia dunia dan akhirat. Menu seperti kebiasaannya, BBQ seafood, mee goreng, ja-jan.. hehe.. next birthday kita makan western la pulak ok..

Birthday cake yang hampir lunyai dipotong Aqil..

Aqil memotong cake on behalf Mus'ab sekali. Mus'ab tidor la pulak masa dinner...

Aqil cam dah pandai sangat.. :p

Friday, November 27, 2009

Aidiladha...

Kami semua berkumpul lagi untuk Aidiladha. Tahun sudah Mak dan Ayah beraya di Mekah. Raya kali ini bersama ahli baru Zulaikha buat kali pertama, puteri Oli dan Aniza, si comel Zulaikha. Tiada korban dari keluarga kami untuk tahun ini. Insyallah tahun depan?..



Kami sekeluarga...kecuali Abg Omau..

Friday, October 16, 2009

Ahli baru keluarga kami

15 October 2009, Aniza selamat melahirkan seorang puteri di Hospital Bangi. Keluarga Oli kini bertambah besar dan meriah dengan kedatangan puteri comel dinamakan Zulaikha. Tahniah! so..whos next?


Friday, October 2, 2009

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

Seluruh ahli keluarga Hj Saidin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf zahir batin. Jemputan ke majlis jamuan hari terbuka pada 2/10/2009 (Jumaat malam Sabtu).